ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman seorang penolong pegawai tadbir yang disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM5,000 dua tahun lepas.
Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 5.20 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.
Perintah tahanan reman selama enam hari hingga 13 Jan depan terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas membenarkan permohonan SPRM hari ini.
"Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM5,000 daripada sebuah syarikat pada 2022.
"Wang itu sebagai balasan bagi membatalkan kompaun yang telah dikeluarkan oleh sebuah agensi penguatkuasa terhadap syarikat berkenaan atas kesalahan ketiadaan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) untuk bahan binaan," katanya.
Pengarah SPRM Kedah Soock Wee Ei Tem ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman seorang penolong pegawai tadbir yang disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM5,000 dua tahun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
SPRM Kedah reman penolong pegawai tadbir terlibat rasuah RM5,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman seorang penolong pegawai tadbir yang disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM5,000 dua tahun lepas.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
SPRM tahan empat lagi individu bantu siasatan kes kemuka penyata akaun bank syarikat palsu
Mereka terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berumur antara 37 hingga 51 tahun yang ditahan berasingan di Pejabat SPRM Kedah.
21 ditahan dipercayai kemuka penyata akaun bank syarikat palsu - SPRM
Sumber SPRM memberitahu kesemua suspek berusia antara 31 dan 77 tahun ditahan secara berasingan di sekitar Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah.
SPRM minta pengirim surat layang tampil salur maklumat
Pengirim surat layang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah diminta tampil menyalurkan maklumat secara terus kepada pegawai suruhanjaya itu.
Seleweng duit raya, timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan SPRM
Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM di Alor Setar.
Rasuah RM500,000: Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang direman sehingga 6 hari
Suspek dipercayai meminta rasuah RM500,000 dan sudah menerima RM100,000 daripada orang awam sebagai balasan memastikan kes dituduh di mahkamah.
SPRM Kedah tahan tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang minta suapan RM500,000
Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
Kes rasuah: Kontraktor, pegawai imigresen direman
Dua pegawai imigresen dan seorang kontraktor direman tujuh hari bermula Selasa, bagi membantu siasatan berikutan kes menerima rasuah, di Kedah.
SPRM tahan tiga individu kerana tuntutan palsu RM400,000
SPRM Kedah menahan seorang pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan dua kontraktor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu.